Monday, 13 October 2014

patchwork

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ni saya telah menghadiri kursus Plug TMK utk guru tahun 5 2015. Banyak ilmu yg saya dapat. Mula2 dulu mmg teringin nk buat blog, tapi xdak idea dan bahan. Kebetulan kursus ini mengendaki kami membina blog sendiri untuk diajarkan kepada murid tahun 5. Maka terkesimalah saya untuk memikirkan apa nk buat.

Kebetulan gambar yang ada dlm phone hanya gambar baju2 dan patchwark, tapi klu nk bubuh gambar baju mcm nk jual baju pulak. Maka terciptalah jemari ajaib ni... tak ajaib sgt pn...ini je yang terlintas  di fikiran.

Semangat membena patchwork berkobar-kobar bila melihat rakan-rakan menayangkan hasil kerja masing-masing di group. Setelah meneliti dan bersoal jawab bersama rakan group, saya semakin memahami bagaimana untuk membenanya.



1. Mula-mula kita mesti ada kad berbentuk hexagon. Nk buat bentuk lain pn boleh.

2. Kemudian, bungkus kad ini dengan kain...nk kemas guna kain cotton...senang dibentuk.


3. Langkah seterusnya...sambung setiap hexi ini pada sisinya menggunakan jahitan tangan.



4. Seterusnya sambungkan kesemua hexi untuk membina satu hamparan yang besar
inilah hasilnya




pandangan dari belakang
Setakat ni je arr yg terhasil. Rasanya dh cukup bangga dgn hasil kerja sendiri. kalau suka...follow arr saya. hehehehehe